Kemelut politik Ecuador 2023
Kemelut politik Ecuador 2023

Kemelut politik Ecuador 2023

Suatu kemelut siasah berlaku di Ecuador sejak 17 Mei 2023 akibat perbicaraan berkenaan pemecatan terhadap Presiden Guillermo Lasso. Siasatan pemecatan itu bermula di Perhimpunan Kebangsaan pada 9 Mei dan berlangsung sehingga 17 Mei apabila Lasso membubarkan parlimen melalui peruntukan perlembagaan yang dikenali sebagai muerte cruzada ("lintas kematian"). Kejadian tersebut menyebabkan siasatan pemecatan ditamatkan kerana ia membubarkan Perhimpunan Kebangsaan dan menyebabkan pilihan raya umum yang lebih awal. Ini merupakan kali pertama presiden Ecuador menggunakan langkah perlembagaan tersebut.[1]